fbpx

Nak bawa tilam pergi mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai warga asing sedang mengusung tilam di dalam sebuah wad.

PETALING JAYA – Aksi seorang lelaki dipercayai warga asing ‘mengusung’ tilam di dalam wad sebuah hospital kerajaan mendapat perhatian orang ramai apabila klip video itu tular di laman sosial sejak semalam.

Klip video berdurasi 17 saat yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Edda Anissa memaparkan lelaki tersebut yang masih lengkap berpakaian hospital sedang mengusung sebuah tilam keluar dari sebuah wad.

Difahamkan lelaki tersebut diarahkan berpindah ke wad lain, namun akibat masalah komunikasi, dia telah mengusung sekali tilam yang digunakan semasa proses berpindah.

Bagaimanapun, hasrat pesakit itu untuk membawa sekali tilam tersebut ‘gagal’ apabila dia diarahkan berpatah balik ke wad asalnya untuk meletakkan semula tilam itu di katil.

Aksi lelaki itu turut disusuli dengan gelak tawa petugas hospital yang kebetulan berada di kawasan ‘kejadian’.

Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut juga ‘terhibur’ dengan aksi lelaki terbabit dan rata-rata mereka mendakwa terdapat masalah komunikasi antara petugas hospital dengan pesakit berkenaan.

Namun mereka menyifatkan ‘insiden’ itu sebagai satu hiburan kepada petugas kesihatan bagi menghilangkan sedikit tekanan ketika sibuk melawan pandemik Covid-19.

“Ini mungkin masalah komunikasi dan salah faham, tetapi sekurang-kurangnya ada ‘hiburan’ kepada petugas hospital.

“Hilang sedikit tekanan ‘frontliner’ kita melawan Covid-19,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Aryan Hasif.

Turut meninggalkan komen pada klip video berkenaan adalah seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cikgu Rem.

“Dah nurse kata pindah katil, nasib baik katil dia tak angkut sekali,” katanya.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI