fbpx

50 keluarga terputus bekalan makanan dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara keluarga yang menerima bantuan, hari ini.

SEREMBAN – Badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini terus menyalurkan bantuan tanpa mengira latar belakang dan warganegara penerima susulan semua pihak terkesan akibat pendemik Covid-19.

Pengerusi Persatuan Skuad Amal Rembau, Ibrahim Hamzah berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat kira-kira 50 buah keluarga di tiga buah perkampungan rumah kongsi di sekitar Seremban memerlukan bantuan makanan harian.

Menurutnya, atas dasar itu, pihaknya telah menghulurkan bantuan kepada 25 buah keluarga di sekitar Lobak dan Ampangan semalam.

“Maklumat asal ada 50 buah keluarga di tiga perkampungan rumah kongsi. Jumlah penghuninya terdapat sekitar 120 orang di mana 20 daripadanya masih lagi kecil.

“Walaupun sumbangan ini hanya membabitkan 25 buah keluarga sahaja, saya harap agar bantuan berupa makanan keperluan harian serta sayur-sayuran ini akan dapat meringankan beban mereka,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI