fbpx

Rampas cecair vape RM3juta telah luput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zazuli ( tengah ) menunjukkan cecair vape dirampas pihaknya.

KLANG – Cubaan menyeludup 1,276.24 liter cecair vape yang telah luput dengan mengikrar palsu sebagai rokok elektronik gagal selepas dirampas di Pelabuhan Barat baru-baru ini.

Rampasan cecair vape bernilai RM3juta termasuk cukai itu dilakukan pukul 6 petang 24 Jun lalu menerusi pemeriksaan ke atas dua buah kontena oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit III (LTA Kuala Lumpur).

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zazuli Johan berkata, siasatan mendapati barangan itu telah diikrarkan sebagai rokok elektronik di dalam daftar masuk dengan diimport tanpa lesen import sah dan tidak berkastam.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dagangan tersebut telah melepasi tarikh luput dan berbahaya untuk digunakan masyarakat.

Difahamkan cecair vape itu telah luput pada Julai atau Ogos tahun lalu.

“Kita percaya cecair vape itu akan dibungkus semula dan dijual di pasaran tempatan.

“Hasil siasatan mendapati kesemua yang disita disyaki mengandungi nikotin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, cecair vape merupakan barangan larangan import di bawah Butiran 4, Jadual Kedua, Bahagian I Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI