fbpx

Bekalan makanan stabil di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA – Bekalan makanan dan barang keperluan di seluruh negara tetap stabil dan mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur bermula esok hingga 16 Julai ini.

Perkara itu disahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Alexander berkata, beliau mengambil maklum bahawa pelaksanaan PKPD itu akan melibatkan penutupan hampir semua sektor ekonomi termasuk sektor perdagangan pengedaran seperti peruncitan dan pemborongan.

Beliau berkata, semua pengguna terutama Selangor dan Kuala Lumpur juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembelian panik dan berlebihan bagi mengelakkan gangguan bekalan di premis-premis jualan.

“Kami akan melakukan pemantauan dan penguatkuasaan setiap hari bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di dua negeri berkenaan dan seluruh negara.

“Adalah menjadi harapan kementerian agar semua pihak terutama peniaga dan pengguna mengambil tanggungjawab bersama memastikan keselamatan dan kesihatan melalui kawalan kendiri,” katanya.  -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI