fbpx

Daging korban untuk 90,000 keluarga di Malaysia dan luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging korban yang dipekkan untuk diedarkan kepada kira-kira 90,000 keluarga di Malaysia dan di luar negara

PETALING JAYA – Cabang perniagaan mesra Muslim AirAsia Digital, IKHLAS mengunjurkan seramai 8,000 pelanggan akan menyertai ibadah korban dalam talian yang disediakannya tahun ini supaya daging korban dapat diagihkan kepada 90,000 keluarga di Malaysia dan luar negara.

Ketua IKHLAS, Ikhlas Kamarudin berkata, jumlah tersebut merupakan pertumbuhan dua kali ganda berbanding kira-kira 4,000 pelanggan yang menyertai ibadah korban yang dianjurkan tahun lalu, sewaktu pihaknya memperkenalkan perkhidmatan tersebut buat pertama kali.

Menurut beliau, IKHLAS mula ditubuhkan pada April 2020 dan ia adalah platform yang memudahkan umat Islam melaksanakan tanggungjawab ibadah dan kehidupan seharian dengan penawaran produk serta per­khidmatan mudah diakses pada harga berpatutan.

“Selain perkhidmatan menguruskan ibadah korban, kami turut menawarkan perkhidmatan akikah, zakat, e-dagang menerusi platform Shop with IKHLAS selain umrah dan ziarah selepas sempadan dibuka kelak.

“Disebabkan pandemik, perkhidmatan yang mampu ditawarkan sekarang sedikit terhad, namun kami melihat potensi untuk segmen ini, yang mana sam­butan memberangsangkan pada tahun lalu telah membuka mata banyak pihak.

“Majoriti daripadanya adalah untuk ibadah korban di luar negara, mungkin disebabkan ­kosnya yang lebih rendah,” kata­nya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Korban bersama IKHLAS ditawarkan pada bayaran bermula daripada RM320 bagi satu bahagian lembu yang dikorbankan di luar negara.

Bagi satu bahagian korban di Malaysia adalah sebanyak RM780, manakala untuk seekor lembu korban adalah sebanyak RM5,250.

Korban luar negara IKHLAS dilaksanakan di 35 buah negara termasuk Kemboja, Thailand, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Indonesia, Kenya, Somalia dan Tanzania.

Menurut Ikhlas, bagi pakej korban biasa dalam negara, da­ging korban akan sedia diproses dan dipek sebelum dihantar ke pintu rumah peserta untuk dia­gihkan.

“Untuk menyertai ibadah korban bersama IKHLAS adalah sangat mudah iaitu melalui tiga langkah secara dalam talian sahaja dan bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau pindahan bank,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI