fbpx

Cadang kilang cetus kluster industri ditutup – Aminuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan kilang-kilang di negeri ini yang dikenal pasti mencetuskan kluster industri disebabkan kes positif Covid-19 ditutup oleh pihak penguat kuasa dalam tempoh 14 hari.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan setiap prosedur operasi standard (SOP) dapat dijalankan dengan baik sekali gus mengawal kes Covid-19 yang agak tinggi di negeri ini.

“Jika berlaku kes positif Covid-19 melibatkan pekerja di sesebuah kilang, kita cadangkan pihak penguat kuasa berkaitan mengarahkan kilang tersebut ditutup selama 14 hari.

“Kita memohon pihak PKD mempertimbangkan cadangan ini supaya kluster industri dapat dikawal dan memutuskan rantaian pandemik Covid-19 ini,” katanya pada sidang akhbar secara dalam talian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini hari ini.

Sebagai rekod, sebanyak 17 kluster industri yang aktif dilaporkan di Negeri Sembilan setakat semalam, antaranya Kluster Industri Senawang, Industri Persiaran Bunga Tanjung Dua, Industri Dioh dan Industri Jalan Teknologi Lima Nilai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI