fbpx

Tinggalkan barang seludup selepas kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beras dan minyak masak yang dirampas selepas kereta dipandu seorang lelaki terbabas di jalan Kampung Pak Jak, Bakong, Pasir Mas hari ini. - Foto IHSAN PDRM

PASIR MAS – Seorang lelaki bertindak meninggalkan muatan barangan seludup yang dibawa selepas kereta dipandunya terbabas ketika cuba meloloskan diri daripada polis di jalan Kampung Pak Jak, Bakong di sini hari ini.

Kejadian pukul 2.30 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Toyota Corolla Altis yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan laju terbabas ketika diarahkan berhenti oleh anggota polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, polis menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dan terus menjalankan pemantauan di kawasan itu.

Katanya, ketika menjalankan pemantauan, anggota polis melihat sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya berhenti.

“Menyedari kehadiran polis, pemandu itu telah bertindak memecut dan cuba mengelakkan diri daripada ditahan sebelum keretanya terbabas.

“Bagaimanapun, suspek telah melarikan dirikan ke dalam kawasan semak samun yang berada berhampiran lokasi keretanya terbabas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemeriksaan di dalam bonet kereta itu telah menjumpai 17 kampit beras seludup pelbagai jenis dan 10 kotak berisi minyak masak dengan nilai keseluruhan RM12,244.

Katanya, semakan mendapati nombor pendaftaran kereta itu tidak sama dengan rekod pemilikannya dan kesemua barang rampasan termasuk kereta itu dibawa ke Balai Polis Meranti di sini untuk tindakan lanjut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI