fbpx

Sabun mahal, Wawa terkejut Aeril mandikan anak dalam sinki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA ZAINAL terkejut tengok anak kecilnya dimandikan dalam sinki.

PETALING JAYA – “Ya Allah, ya Tuhanku sayang, macam inilah bapa bila mandikan anak.”

Itu reaksi terkejut pelakon Wawa Zainal apabila mendapati anak bongsunya dimandikan suami, Aeril Zafril dalam sinki di bilik air rumahnya.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 29, terkejut selepas melihat anak kecilnya berendam dalam sinki sambil bermain dengan buih sabun ketika dimandikan Aeril.

Bukan itu sahaja, pelakon kelahiran Sabah itu juga seolah-olah tidak berpuas hati apabila mendapati Aeril membazirkan cecair mandian yang didakwa mahal.

“Buih (sabun) apa yang sayang pakai itu? Ingat murah ke? Tahu tak berapa harganya? RM60 (sebotok) tau!” kata Wawa.

Bagaimanapun bebelan si isteri itu dijawab ringkas suaminya apabila memberitahu sabun mandi tersebut bukan digunakan untuk orang lain tetapi untuk anak mereka.

“Untuk anakkan,” jawab Aeril bersahaja.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju apabila mendakwa mereka juga tidak percaya jika tugas menguruskan anak-anak diserahkan kepada suami.

“Memang ragu-ragu kalau anak ditinggalkan dengan bapa. Aktiviti luar jangkaan,” kata seorang pengguna Instagram.

“Sebab itu anak-anak lagi suka kalau ayah yang mandikan. Otak penuh dengan kreativiti. Kreatif tahap apa pun tak tahu,” ujar seorang lagi pengikutnya.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, setahun enam bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI