fbpx

Kerajaan umum bantuan esok atau Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

PETALING JAYA – Kerajaan akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh di bawah Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian bantuan berkenaan merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan ekoran pelaksaan PKP penuh.

“Kita faham apabila di fasa begini dan seterusnya hinggalah ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan?

“Kumpulan B40 dan M40 dah tentu termasuk dalam pemberian moratorium, T20 juga ada (layak),” katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI