fbpx
Gambar hiasan.

Permohonan KPN batal saman guru diputuskan 16 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Permohonan Ketua Polis Negara (KPN) untuk membatalkan saman seorang guru tadika yang mendakwa polis gagal menangkap bekas suaminya dan memulangkan anak perempuan yang
dilarikan lelaki itu, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 16 Julai ini.

Saman itu dikemukakan oleh M. Indira Gandhi terhadap KPN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua pihak lagi atas dakwaan polis gagal melaksanakan waran komital terhadap bekas suami mualaf, Muhammad Riduan Abdullah dan memulangkan Prasana Diksa.

Remaja perempuan itu yang kini berusia 13 tahun dilarikan oleh bapanya ketika berusia setahun.

Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak menerusi prosiding dalam talian.

Indira turut memfailkan permohonan interogatori bagi mendapatkan perintah agar KPN menjawab kesemua 48 soalan secara bertulis melalui afidavit mengikut Aturan 26 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Soalan itu berkaitan siasatan dijalankan termasuk lokasi bekas suaminya, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan yang didakwa berada di Selatan Thailand.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili pihak kerajaan berhujah agar permohonan Indira dibatalkan atas alasan tindakan saman itu bersifat remeh temeh dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Andi Razalijaya berhujah, writ saman di Kuala Lumpur itu difailkan walhal pada masa yang sama Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak masih memantau progres pelaksanaan waran komital terhadap bekas suaminya.

Hujah beliau, remedi yang dipohon pada peringkat ini harus dibuat dalam permohonan semakan kehakiman di Ipoh, bukan di Kuala Lumpur. -K! ONLINE