fbpx

4 kampung di Mersing kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan memasang penghadang jalan susulan empat kampung di daerah Mersing, Johor dikenakan PKPD bermula esok hingga 5 Julai depan.

MERSING – Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di empat lokaliti di Mukim Tenglu dan Mukim Mersing di sini, bilik gerakan PKPD akan diaktifkan bermula esok bagi menyelaraskan pengurusan dalam kawasan berkenaan.

Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBD) Mersing, Mohd. Radzi Mohd. Amin berkata, lokaliti terlibat ialah Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Sawah Dato’ dan Kampung Makam.

“Merujuk kepada kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, sehingga 20 Jun 2021 sebanyak 54 kes  baharu telah direkodkan hasil 268 ujian saringan dan pengesanan kontak oleh Pejabat Kesihatan Daerah Mersing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, agihan sumbangan bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melalui bilik gerakan PKPD yang berpusat di Pejabat Daerah Mersing.

“Bilik gerakan PKPD akan diaktifkan bermula esok bagi menyelaraskan pengurusan dalam kawasan PKPD yang dianggotai sekretariat JPBD Mersing,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI