fbpx

10 dikompaun RM23,500 lepas gian main snuker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
10 individu termasuk seorang penyelia pusat snuker tanpa lesen dikompaun RM23,500 selepas melanggar SOP PKP dalam serbuan di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor malam semalam.-Foto IHSAN PDRM

ISKANDAR PUTERI – Sepuluh individu termasuk penyelia sebuah pusat hiburan ditahan selepas disyaki melanggar syarat prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu operasi di Taman Bukit Indah di sini malam semalam.

Dalam serbuan pada pukul 10.15 malam itu, kesemua yang diberkas terdiri daripada lelaki berusia 18 hingga 40 tahun selepas bermain snuker di pusat perniagaan tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua individu berkenaan telah dikenakan kompaun berjumlah RM23,500.

“Sepasukan Polis Daerah Iskandar Puteri telah membuat serbuan di premis yang disyaki menjalankan perniagaan snuker tanpa lesen dalam tempoh PKP.

“Kesemua 10 individu yang berada di dalam premis juga didapati tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

“Mereka telah melakukan kesalahan dibawah Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2021),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, sembilan individu masing-masing dikenakan kompaun RM1,500 manakala penyelia premis dikompaun RM10,000.

Katanya, polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk dua set bola snuker, empat batang snuker, satu kunci alat kawalan jauh serta wang tunai RM275.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI