fbpx

Diserbu polis ketika sedang berhibur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan pusat hiburan di Jalan Maharajalela di Teluk Intan semalam.-IHSAN PDRM

TELUK INTAN – Keseronokan sekumpulan individu berhibur sambil minum minuman keras di sebuah rumah di Jalan Maharajalela di sini terbantut apabila diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, serbuan pada pukul 7.30 malam itu telah menahan empat lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 51 tahun.

Katanya, kompaun berjumlah RM4,000 dikenakan terhadap pemilik rumah dan enam yang lain di bawah Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021.

“Serbuan dilakukan kerana dipercayai menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen. Semasa diserbu rumah berkenaan tidak berkunci dan kedengaran bunyi muzik yang kuat.

“Lelaki berusia 48 tahun dipercayai pemilik premis ditangkap di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Perak kerana menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen yang sah,” katanya di sini hari ini.

Turut dirampas telefon bimbit seorang pengunjung yang mempunyai aplikasi serta pautan judi online dan dia akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI