fbpx

Damok harus bersedia ke MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIFUDDIN atau Damok mengakui sudah bersedia untuk perlumbaan Pusingan 7 di Aragon, Sepanyol hujung minggu ini.

PELUMBA muda negara, Syarifuddin Azman perlu mengambil peluang terhidang sekiranya diberi lampu hijau untuk menggalas tugas menyertai saingan kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Pandangan itu disuarakan oleh pengurus pasukan SIC Ra­cing, Zulfahmi Khairuddin selepas melihat Syarifuddin atau mesra disapa Damok mempu­nyai kemampuan untuk bersaing dalam kelas dunia tersebut.

Sebelum ini, Damok mencipta kejutan apabila menjuarai perlumbaan 1 CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol pada Ahad lalu.

“Ketika merekrut Damok daripada Kejuaraan Cub Prix, kami sedar dia belum bersedia. Selepas perlumbaan demi perlumbaan diharungi, dia tahu tahap cabaran kejuaraan dan mulai saat itu, kita tingkatkan sesi latihannya untuk berada di peringkat seterusnya.

“Saya yakin dengan kemam­puan Damok. Dia sudah menang pada saingan CEV. Sekurang-kurangnya dia sudah separuh bersedia untuk menyertai MotoGP pada musim depan.

“Di sana, motosikal tetap sama, trek juga hampir sama dengan trek CEV yang kita pergi. Jadi, saya pasti sama ada bersedia atau tidak, kami kena letak Damok pada saingan MotoGP,” katanya pada sidang akhbar virtual semalam.

Terdahulu, kemenangan Damok di Sepanyol membolehkan pelumba berusia 20 tahun itu menduduki tangga ke-10 keseluruhan dengan 31 mata selepas lima perlumbaan CEV musim ini.

Kejayaan tersebut turut menarik perhatian prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali yang sedia memberi slot kepada pelumba negara untuk bersaing MotoGP dalam kelas Moto3 musim depan.

“Dengan kemenangan tersebut, ia berjaya meyakinkan ­Razlan untuk membawa Damok ke dalam pasukannya musim depan. Selepas ini kami kena fokus dengan baki perlumbaan.

“Sesuatu yang bertuah apabila dapat menang satu perlumbaan, tetapi untuk memenangi saingan seterusnya adalah satu cerita lain,” tambah Zulfahmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI