fbpx

Diskaun saman trafik PDRM bermula 18 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 50 peratus selama sebulan bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan bagi saman-saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman di dalam senarai hitam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, tawaran pengurangan saman berkenaan tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan pada tahun 2021, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahsuaian ekzos.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://[email protected], muat turun aplikasi google playstore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

“Aplikasi Mybayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azisman, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sepanjang kempen itu berlangsung.

“Mybayar Saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

“Kita berharap pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI