fbpx

Jakim nafi tawarkan bonus menerusi SPH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah menawarkan sebarang bentuk pemberian bonus kepada orang ramai melalui Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim, Zakaria Othman berkata, pihaknya telah mendapat maklumat mengenai kewujudan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan nama skim tersebut.

Beliau berkata, beberapa aduan telah diterima berkaitan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus hari raya.

“Jabatan ini menegaskan bahawa pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus.

“Segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) adalah perlu dibuat melalui proses yang telah ditetapkan sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Zakaria berkata, Jakim memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI