fbpx

Elyana mohon doa, bakal jalani radioterapi petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELYANA

PETALING JAYA – Penyanyi Elyana memohon doa daripada peminat agar rawatan rawatan radioterapi yang akan dijalaninya petang ini berjalan lancar bagi mengubati penyakit kanser limfoma yang dihidapinya hari ini.

Perkara tersebut diberitahu sendiri Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, menerusi satu sesi Live dalam Instagramnya sebentar tadi.

Menurut pelantun lagu Kalis Rindu itu, dia terpaksa menggagahkan diri untuk menjalani rawatan radioterapi kerana berasa sangat lemah sejak beberapa hari lalu.

“Saya terpaksa kuatkan diri untuk melakukan rawatan radioterapi kerana berasa sangat lemah dan sangat penat sejak beberapa hari lalu.

“Bayangkan untuk membalikkan badan ketika tidur pun saya tidak larat sebab penat, apatah lagi untuk berdiri lama,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dia akan menjalani rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi bermula pada petang ini dan berharap segalanya berjalan dengan lancar.

“Saya tidak mahu melakukan kimoterapi kerana rawatan itu akan membuatkan saya menjadi bertambah sakit dan lemah.

“Doktor pun tahu saya tidak mahu melakukannya (kimoterapi),” jelasnya.

Tambah Elyana, dia juga menguatkan diri untuk melakukan radioterapi demi memikirkan kedua-dua orang anaknya yang masih kecil.

“Saya masih lagi nak bermain-main dengan mereka (anak-anak). Saya tak mahu terbaring sahaja. Jadi saya ambil keputusan untuk melakukan radioterapi.

“Mudah-mudahan selepas melakukan rawatan ini (radioterapi), saya masih lagi ada masa untuk bersama dengan mereka,” katanya.

Malam tadi, Elyana turut berkongsi bahawa dia telah menerima dua beg darah untuk dimasukkan ke dalam badannya yang memakan masa selama enam jam.

Menerusi perkongsian tersebut, ibu kepada Cinta Sumayyah, 9, dan Cahaya Ramadhani, 1, itu turut memberitahu bahawa berat badannya kini hanya sekitar 35 kilogram sahaja.

“Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar dan saya cepat sembuh. Doakan saya dan saya turut akan mendoakan kesejahteraan anda,” ujar Elyana.

Terdahulu, Elyana mengesahkan penyakit kanser limfoma yang dihidapinya sejak hampir 10 tahun lalu kini hampir memasuki tahap lima.

Kanser tersebut turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI