fbpx
Avinash Tiwary mengakui lebih diminati peminat lelaki berbanding wanita.

Bila pelakon lelaki ‘diburu’ peminat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON yang semakin mendapat perhatian ramai, Avinash Tiwary akui dia menerima lebih banyak mesej daripada peminat lelaki berbanding wanita.

Menurut Avinash, dia mula mendapat banyak mesej daripada peminat lelaki sejak melakonkan babak tidak berbaju dalam beberapa buah filemnya sebelum ini.

“Saya dapat banyak mesej (DM) dalam media sosial daripada lelaki berbanding wanita. Kebanyakan abang-abang ‘sado’ komen ‘nice body, bro!’.

“Peminat wanita pula lebih sopan. Mereka lebih tertarik bila saya berlakon dalam filem romantik seperti Laila Majnu. Ketika itu tubuh saya masih belum berotot,” katanya.

Transformasi fizikal Avinash menjadi bualan hangat di Bollywood. Sebelum ini dia dikenali dengan watak lelaki romantik. Tetapi kini dia mula dikenali dengan watak antagonis dan ranggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN