fbpx

Sedih, trauma kehilangan anak akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamilah dan Mad Idrus menunjukkan gambar anak sulung mereka, Amir Sharifuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Taman Mahsuri, Jitra hari ini.

JITRA – Sepasang suami isteri warga emas sedih apabila terpaksa menerima hakikat kehilangan anak sulung akibat Covid-19 bagi Kluster Dah Mahsuri pada awal bulan ini.

Pasangan itu, Mad Idrus Che Saad, 65, dan isterinya, Jamilah Ahmad, 61, bagaimanapun reda dengan pemergian Amir Sharifuddin, 36, pada 4 Jun lalu.

Amir Sharifudin merupakan antara 15 penduduk termasuk jemaah masjid di Taman Mahsuri di sini yang maut akibat dijangkiti wabak tersebut.

Menurut Mad Idrus, dia langsung tidak menyangka akan kehilangan Amir kerana usianya yang masih muda selain tidak mempunyai penyakit.

“Saya dan isteri terlebih dahulu disahkan positif Covid-19 pada 18 dan 21 Mei lalu yang mana kami dikuarantin di Hospital Kulim.

“Isteri hanya dua hari di sana dan dibenarkan pulang tetapi selepas beberapa hari pulang ke rumah, Amir pula mula bergejala,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, kata Jamilah, arwah kelihatan tidak sihat pada 28 Mei lalu apabila batuk dan muntah teruk sebelum terus dimasukkan ke hospital dan disahkan positif Covid-19.

Tambahnya, Allahyarham Amir merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapa dan kejadian menyebabkan mereka berasa agak trauma untuk bergaul dan keluar rumah tanpa urusan penting. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI