fbpx

Sediakan pengangkutan sesuai bawa pekerja kuarantin, saring Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengingatkan dan menasihatkan semua majikan yang membawa para pekerja bagi tujuan saringan mahupun kuarantin agar menggunakan mod pengangkutan bersesuaian bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan pekerja dan orang awam.

KSM menerusi kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum dan prihatin dengan kes tular sebuah lori yang membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif Covid-19 dalam kejadian yang berlaku di Sungai Petani, Kedah.

“Kementerian melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melihat dan meneliti perkara tersebut.

“Kes akan diteliti mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 [Akta 514] bagi membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan pekerja terutamanya warga asing,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI