fbpx

[VIDEO] Lelaki mengaku tidak bersalah seret ‘oyen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizul (kanan) mengaku tidak bersalah melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing awal Jun lepas. FOTO- ZULFACHRI ZULKIFLI

TELUK INTAN -Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing dengan menyeretnya di atas jalan, awal bulan ini.

Tertuduh, Azizul Salahuddin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Adilah Mokhtar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada haiwan iaitu dengan menyeret seekor kucing di atas jalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Attaduri, Langkap pada pukul 6.30 petang, 3 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang sabit kesalahan boleh didenda RM20,000 sehingga RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azimah Che Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S. Kumaresan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 14 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI