fbpx

Degil melepak, joging dikompaun RM108,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden 54 individu dikompaun selepas melepak dan berjoging di Jambatan Raja Nala, Klang semalam

KLANG – Kedegilan 54 individu ‘melepak’ beramai-ramai dan berjoging di Jambatan Raja Nala dekat sini membawa padah apabila dikompaun setiap seorang sebanyak RM2,000 yang membawa nilai keseluruhan RM108,000 semalam.

Kesemua mereka berusia 17 hingga 40 tahun dikompaun pukul 6 petang selepas pihak polis menerima aduan berkaitannya.

Insiden itu kemudiannya tular menerusi video berdurasi 29 saat di laman sosial Facebook memaparkan pasukan polis sedang mengeluarkan kompaun tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi mendapati ramai orang awam telah meletakkan kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas jambatan tersebut yang telah ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Pegawai pasukan pematuhan kemudiannya telah menghubungi pusat kawalan berkaitan Covid-19 peringkat Kontinjen Selangor dan mendapat arahan untuk mengeluarkan kompaun kepada mereka yang berada di lokasi tersebut.

“Bantuan turut diberikan daripada pasukan pematuhan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, sebanyak 54 kompaun dikeluarkan dengan nilai RM2,000 setiap seorang mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. (​Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI