fbpx
Anggota bomba membawa keluar mangsa menggunakan pengusung di kawasan Air Terjun Jeram Perlus, Hulu Langat semalam. Foto IHSAN JBPM

Lelaki berat lebih 100kg cedera semasa ‘hiking’ diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU LANGAT – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung selepas dipercayai tergelincir dan mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti pendakian di Air Terjun Jeram Perlus, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai T. Thaneshlu, 32, mengalami kecederaan pada kedua-dua kaki sehingga tidak mampu berjalan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.58 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta BBP Ampang digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, anggota menerima maklumat terdapat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an tergelincir dan jatuh ketika melakukan aktiviti pendakian di Jeram Perlus.

“Anggota kemudian mendaki ke lokasi mangsa yang berada kira-kira lapan kilometer dari pos kawalan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati mangsa disyaki patah kaki kiri selain mengalami kecederaan pada kaki kanan.

“Anggota bertindak memasangkan peralatan pada kaki mangsa sebelum membawanya turun menggunakan pengusung,” katanya.

Beliau berkata, operasi membawa turun mangsa berdepan kesukaran berikutan berat badan mangsa dianggarkan antara 100 hingga 110 kilogram selain keadaan muka bumi yang mencabar.

“Mangsa tidak mampu berjalan mahupun dipapah kerana mengalami kecederaan pada tangan dan kaki menyebabkan anggota terpaksa menggunakan pengusung sepanjang perjalanan keluar,” ujarnya.

Katanya, mangsa berjaya dibawa turun pada pukul 9 pagi tadi sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dihantar ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN