fbpx

Lelaki melecur gas oksigen HKL bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Bomba dari Unit Khas HAZMAT melakukan kerja-kerja pembersihan. - Foto: IHSAN BOMBA

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori melecur tangan kiri dalam kejadian kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur petang tadi.

Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Mohd. Eirwan Hassian berkata, kejadian berpunca daripada paip penyambungan lori tangki berkapasiti 7,000 liter yang membawa bekalan gas oksigen berkenaan bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki hospital berkenaan.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan blok kejuruteraan. Persekitaran di lokasi kejadian dipenuhi kepulan seperti asap berwarna putih.

“Terdapat mangsa seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan kiri dan dihantar ke bahagian kecemasan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pasukan Bomba daripada Unit Khas HAZMAT berjaya menutup paip penyambungan terbabit dan kerja-kerja pembersihan dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI