fbpx

KPDNHEP nafi premis berjenama boleh beroperasi secara ‘walk in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah premis jenama terkenal di Jalan Bukit Bintang yang didakwa telah dibenarkan beroperasi.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan mana-mana kedai boleh beroperasi secara ‘walk in’.

KPDNHEP dalam satu ciapan berkata, mana-mana pihak tidak boleh melakukan urus niaga secara ‘walk in’ kecuali melibatkan servis penghantaran barangan yang telah ditempah pelanggan.

“Sebanyak 5,384 permohonan telah diterima untuk membolehkan sesebuah syarikat untuk beroperasi secara dalam talian (E-dagang) dan dari jumlah tersebut 4,760 telah diluluskan,” katanya.

Terdahulu tular di laman Twitter sejak Selasa lalu yang memaparkan sebuah premis jenama terkemuka di Jalan Bukit Bintang yang didakwa telah dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi gambar yang tular tersebut, syarikat terbabit telah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk meneruskan operasi perniagaan di bawah kluster peruncitan dan sektor E-dagang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI