fbpx

Wanita mengaku bersalah rotan adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini atas tuduhan memukul adik iparnya di sebuah rumah di Felda Raja Alias 4, 4 Jun lalu.

KUALA PILAH – Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini atas tuduhan memukul adik iparnya di sebuah rumah di Felda Raja Alias 4, 4 Jun lalu.

Tertuduh, Noor Asidah Md. Nor, 35, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai penjaga kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah memukul mangsa menggunakan rotan sehingga mengakibatkan budak itu mengalami kecederaan pada belakang badan, kedua-dua tangan dan kaki, telinga dan kepala.

Kejadian berlaku pukul 8.30 pagi pada 4 Jun lalu di sebuah rumah di Felda Raja Alias 4, Jempol.

Tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, Norma menetapkan satu tarikh lain bagi menunggu laporan penuh perubatan mangsa.

Sebutan semula kes pada 14 Julai ini dan tertuduh yang tidak diwakili peguam diberikan jaminan sebanyak RM5,000.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Anak Mawan.

Pada 5 Jun lalu, media melaporkan sepasang suami isteri ditangkap polis selepas dipercayai terbabit dalam kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Felda Raja Alias 4.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 9.45 pagi bahawa terdapat seorang kanak-kanak dipukul di felda berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI