fbpx

Ebit Liew tak hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar terakhir Ebit Lew pada 27 Mei lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan beliau berjaya menghubungi pendakwah terkenal, Ebit Liew melalui aplikasi Whatsapp awal pagi tadi.

Menurut Caprice, Ebit Liew yang berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu bagi melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin berada dalam keadaan baik.

“Ustaz Ebit Liew dalam keadaan baik. Yang kongsi (hantaran media sosial) ustaz hilang tu adalah berita palsu. Sentiasa doa untuk Ebit Liew. Sila beritahu kepada semua berhenti berkongsikan berita (palsu) itu,” katanya menerusi akaun Intagram @capriceofficial.

Beliau turut memuat naik tangkap layar perbualan Whatsapp beliau dengan Ebit Liew dengan Ebit Liew memaklumkan dalam keadaan baik dan mengharapkan doa semua.

Tangkap layar perbualan di antara Caprice dan Ustaz Ebit Liew yang dimuat naik ke laman Instagram milik penyanyi rap tersebut.

Spekulasi Ebit Liew hilang selepas melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

Rata-rata netizen Malaysia menitipkan doa buat beliau agar selamat dalam misi menghantar keperluan asas dan ubat-ubatan ke Palestin.

Ebit Liew berlepas ke Mesir pada 25 Mei 2021 menaiki penerbangan yang ditaja oleh Turkish Airlines.

Difahamkan, beliau bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent dalam misi tersebut.

Ebit Liew antaranya membeli barangan keperluan seperti ubat-ubatan untuk dihantar terus ke hospital di Gaza. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI