fbpx

1,098 calon MRSM dapat semua A SPM 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 1,098 calon Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mendapat semua A (A+, A dan A-) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abd. Latiff Ahmad berkata, berkata, pencapaian SPM 2020 menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan bilangan calon yang mendapat semua A bertambah jika dibandingkan 761 orang pada tahun 2019.

“Pada tahun ini, MRSM telah mencatat kejayaan dengan mencapai 100 peratus gred lulus dalam semua mata pelajaran.

“Bilangan calon yang memperoleh semua A+ adalah seramai 22 orang,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Abd Latiff berkata, SPM 2020 bagi MRSM mencatatkan indeks Gred Purata Maktab (GPM) 2.359 yang menunjukkan peningkatan prestasi berbanding SPM 2019 (2.538) dan SPM 2018 (2.458).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI