fbpx

Lima universiti penyelidikan Malaysia kekal 200 terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lima Universiti Penyelidikan Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan berkata, lima universiti tersebut ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam kedudukan individu berbanding tahun lepas dalam laporan yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022 hari ini, kesemua lima universiti ini berjaya mengekalkan kedudukan mereka.

“UM sekali lagi telah berjaya disenaraikan sebagai 100 universiti terbaik di dunia dengan berada di tempat ke-65.

“Kedudukan UM dalam 100 universiti terbaik dunia telah dicapai sejak tahun 2018 iaitu tujuh tahun lebih awal daripada sasaran, malah berjaya mengekalkan kedudukan setiap tahun sehingga hari ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, selain lima Universiti Penyelidikan Malaysia itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila berjaya menduduki tangga 511-520 berbanding di tempat 531-540 pada tahun 2021.

“Penilaian QS WUR adalah berdasarkan kepada enam petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik (40 peratus), reputasi majikan (10 peratus), nisbah pelajar per pensyarah (20 peratus), nisbah sitasi per pensyarah (20 peratus), pensyarah antarabangsa dan pelajar antarabangsa masing-masing lima peratus.

“Kesemua lima Universiti Penyelidikan telah menunjukkan peningkatan yang amat memberangkan dalam dua petunjuk prestasi utama iaitu reputasi akademik dan reputasi majikan,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, bagi universiti swasta, Taylor’s University mendahului di kedudukan ke 332 (2021: 379), diikuti oleh UCSI University di kedudukan 347 (2021: 391), dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di kedudukan ke-414 (2021: 439), serta Sunway University di kedudukan 651-700 berbanding di tempat 701-750 pada tahun sebelumnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI