fbpx

6 pegawai, kakitangan bank ditahan, rasuah pinjaman peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas daripada enam pegawai bank yang terlibat rasuah.

SHAH ALAM – Enam pegawai dan kakitangan sebuah bank ditahan selepas disyaki terlibat dalam rasuah pemohonan pinjaman peribadi bernilai RM18juta di antara 2018 hingga 2020.

Kesemua suspek lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) Selangor.

Menurut sumber, kesemua suspek disyaki telah meluluskan permohonan daripada para pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk membuat pinjaman.

Katanya, suspek-suspek itu bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang.

“Mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai lebih kurang RM18 juta,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, SPRM juga telah merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM69,000 dan beberapa jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada suspek tersebut.

Nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI