fbpx
Gambar hiasan.

Hati-hati, hujan lebat landa seluruh negara hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuk Labuan hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Kedah (Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan dan Rompin) serta seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Selain itu, kawasan yang dijangka terjejas adalah Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin), Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru),” kata kenyataan itu hari ini.

Di Sarawak, cuaca buruk diramalkan berlaku di Kuching (Kuching), Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Keadaan sama dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

Dalam masa sama, seluruh Labuan juga akan terkesan dengan ribut petir dan hujan lebat bagi tempoh tersebut.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN