fbpx

Utamakan kebajikan, keadilan pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kosmo! pada 4 Jun lalu yang melaporkan kira-kira 100,000 penduduk di sekitar Teluk Panglima Garang, di sini bimbang jika berlaku penularan Covid-19 dari kilang berdekatan kediaman mereka.

KUALA LANGAT – Pihak pengurusan kilang di sekitar Teluk Panglima Garang dinasihati mengutamakan kebajikan dan keadilan kepada pekerja.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, langkah itu bagi menyelesaikan isu tidak puas hati antara pekerja berhubung pengurangan kapasiti operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula 1 Jun lalu.

“Hasil maklumat diterima mendapati terdapat sebahagian pekerja di bahagian operator tidak berpuas hati apabila masih perlu bekerja berbanding pekerja dari bahagian pengurusan dikurangkan.

“Terdapat juga aduan terpaksa menanggung beban kerja yang lebih dalam mengendalikan kerja tambahan terutamanya berkaitan mesin apabila bahagian operator dikurangkan pihak kilang.

“Ekoran itu, mereka merasa tertekan dan mengadu kepada ketua masyarakat atas apa yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan muka depan Kosmo! pada 4 Jun lalu yang melaporkan kira-kira 100,000 penduduk di sekitar Teluk Panglima Garang, di sini bimbang jika berlaku penularan Covid-19 dari kilang-kilang berdekatan kawasan kediaman mereka yang didakwa masih beroperasi sepenuhnya ketika rempoh PKP penuh.

Lebih malang, kira-kira 40 peratus penduduk di kawasan itu yang bekerja di kilang terbabit mendakwa mereka diugut untuk diberikan surat amaran atau berdepan tindakan pemberhentian sekiranya tidak hadir bekerja.

Mengulas lanjut, Ahmad Ridhwan menjelaskan hasil pemeriksaan pihaknya bersama pihak berkuasa tempatan di beberapa buah kilang di lokasi tersebut mendapati mereka mematuhi prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan pihak berkuasa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI