fbpx

Remaja hilang di Gunung Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Arif (kiri) berbincang dengan sebahagian pasukan penyelamat bagi mengesan remaja di kaki Gunung Datuk di sini, hari ini. /FOTO NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Pasukan penyelamat kini sedang giat mencari dan mengesan seorang remaja lelaki yang dipercayai hilang di Gunung Datuk, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, pihak polis mendapat maklumat mengenai kehilangan remaja lelaki berusia 21 tahun daripada ibu mangsa di Balai Polis Chembong kira-kira pukul 11.23 pagi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal yang diterima dari ibu mangsa berusia lingkungan 40 an, mangsa disedari tiada di rumah bersama motosikalnya jenis Honda kira-kira pukul 6.00 pagi.

“Ibu cuba menghubungi mangsa namun tiada jawapan yang diterima lalu bertindak mencari mangsa sehingga ke kaki Gunung Datuk dan telah menjumpai motosikal anaknya di lokasi.

“Selain motosikal turut ditemui ialah kasut serta stoking anaknya di pintu masuk Jabatan Hutan Gunung Datuk,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Arif Ahmad Osasi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan berkenaan pada pukul 1.50 petang dan tiba di lokasi pada pukul 2.08 petang.

“Seramai 20 anggota terdiri daripada bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia menyertai misi menyelamat ini,” ujarnya, -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI