fbpx

Dua tahun menanti jambatan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Teras Ijok Selama berkumpul menyuarakan rasa kecewa ekoran jambatan baharu masih belum dibina.

LARUT – Penduduk di Kampung Teras Ijok Selama di sini dirundung perasan hampa apabila projek membina jambatan bagi menggantikan kemudahan sebelumnya yang runtuh dua tahun lalu masih belum dibina, sepertimana yang dijanjikan.

Kelewatan pembinaan jambatan baru itu menyebabkan mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif sejauh tiga kilometer untuk ke pekan terdekat sedangkan jarak jika menggunakan jambatan hanya 200 meter.

Menurut penduduk, Rozita Yusof, 37, mereka pernah menyuarakan masalah itu sebelum ini termasuk melalui media supaya pembinaan dapat disegerakan.

“Aduan penduduk mendapat maklum balas apabila Menteri Besar pada masa itu memberi jaminan bahawa kerja-kerja pembinaan jambatan di kampung ini akan dipantau Pejabat Menteri Besar.

“Beberapa pegawai kanan kerajaan juga turun padang membuat tinjauan dan beberapa hari kemudian kerangka besi jambatan yang runtuh itu dibuka, ia diletakkan di tepi jalan hingga kini,” katanya ketika ditemui di kampung itu, baru-baru ini.

Difahamkan, kelulusan bagi menaiktaraf jambatan tersebut telah diperoleh pada Ogos 2019 dengan peruntukkan sebanyak RM645,000.

Malah, papan tanda projek yang dipasang Jabatan Kerja Raya (JKR) ada menyebut cadangan kerja-kerja menaik taraf jambatan serta tembok penahan tebing di Kampung Teras Hulu Ijok tanpa menyatakan tarikh mula kerja. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI