fbpx

Malaysia-China akan bincang insiden pencerobohan ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH pesawat Ilyushin II-76 milik tentera udara China berada di ruang udara maritim Malaysia dekat negeri Sarawak pada 31 Mei lalu. - AFP

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan membincangkan insiden pencerobohan tentera udara China dengan rakan sejawatnya, Wang Yi pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-China di China, Isnin ini.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Hishammuddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat di Chongqing itu sempena ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-China.

“Semua Menteri Luar ASEAN termasuk Wang Yi serta Setiausaha Agung ASEAN dijangka menghadiri mesyuarat itu,” kata kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, Hishammudin berkata, pihaknya akan memanggil Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia untuk memberi penjelasan berhubung penerbangan 16 pesawat Tentera Udara milik China iaitu People’s Liberation Army-Air Force (PLAAF) di ruang udara nasional yang dianggap mengancam kedaulatan negara.

Beliau berkata, Kementerian Luar juga akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada Pemerintah Republik Rakyat China. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI