fbpx

KPWKM gesa percepatkan kajian vaksin kepada kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa kajian penggunaan vaksin kepada kanak-kanak dipercepatkan memandangkan jumlah jangkitan golongan itu kini mencecah lebih 82,000 kes.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, berdasarkan laporan terkini sehingga 30 Mei lalu, seramai 82,341 kanak-kanak serta bayi telah disahkan positif Covid-19 dengan 27,402 daripadanya adalah yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

“Seramai 19,851 pesakit kanak-kanak pula berusia empat tahun ke bawah, manakala 8,237 berusia lima hingga enam tahun dan 26,851 berusia tujuh hingga 12 tahun.

“Angka ini sangat membimbangkan, saya menggesa agar kajian yang sedang dilaksanakan dipercepatkan demi nyawa dan keselamatan anak-anak serta mengurangkan risko jangkitan dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI