JAKARTA – Sebuah klinik di Banyuwangi, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian orang ramai apabila menawarkan permainan PlayStation 5 (PS5) kepada kanak-kanak semasa bersunat, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Rumah Sunat Modern (RSM) Zelinesia.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang bermain PS5 sambil berbaring ketika kemaluannya disunatkan.
Selain PS5, kanak-kanak boleh bermain permainan PS4.
Mereka akan menerima sijil berkhatan dan hadiah berupa sebuah kereta kawalan jauh selepas berkhatan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siap gantung televisyen atas katil,” kata seorang netizen.
“Doktor buat kerja sambil tengok permainan, jangan sampai salah potong,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














