fbpx

Hujan lebat mungkin punca air keruh di Lata Y

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air Lata Y, Sungai Rek yang semakin pulih selepas hujan lebat melanda kawasan itu sejak beberapa hari lalu.

KUALA KRAI – Hujan lebat yang melanda kawasan Lata Y, Sungai Rek di sini sejak beberapa hari lalu berkemungkinan menjadi punca air di kawasan itu bertukar keruh seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah berkata, keadaan air keruh di situ kebiasaannya akan kembali pulih seperti sedia kala apabila cuaca semakin baik.

Katanya, hal ini kerana keadaan di kawasan itu yang sensitif atau air yang mudah tercemar akibat aktiviti perhutanan sekaligus menjejaskan tempat itu peranan sebagai kawasan tadahan air.

“Kita bercadang mewartakan kawasan di Hutan Simpan Sungai Rek, sebagai kawasan tadahan air. Perkara ini telah dibincangkan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob termasuk pegawai-pegawai JPNK bagi mencari solusi terbaik mengatasi masalah tersebut.

“Kedudukan Lata Y ini adalah dalam tanah kerajaan dan sejak dari 2013. Kawasan itu telah mempunyai kelulusan untuk dijadikan kawasan ladang getah (TLC) dan kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Berdasarkan semakan, pelesen atau syarikat telah memenuhi semua syarat-syarat EIA. Pelesen turut mengikut piawaian zon penampan iaitu ada 50 meter penjarakan dari tepi sungai, malah iniasitif pelesen itu sendiri menambah satu rantai (10 meter) lagi dari zon itu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI