fbpx

Honda CR-V dicuri ketika kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Honda CR-V mangsa yang dibawa lari suspek ketika terlibat kemalangan di jambatan Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Seorang wanita berdepan detik cemas hampir dua jam
apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V milik bapanya dicuri selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Kuala Selangor, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.58 petang selepas kenderaan mereka dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero .

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Honda CRV itu bersama ibu telah mengalihkan kenderaan tersebut di tepi jalan tanpa mematikan enjin sebelum keluar berbincang dengan individu yang melanggar itu.

“Seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai pelitup muka telah datang seolah ingin membantu mangsa.

“Bagaimanapun, lelaki itu secara tiba-tiba telah memasuki kenderaan mangsa sebelum melarikannya dengan menghala ke Pekan Bestari Jaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ramli memberitahu, mangsa kemudiannya dimaklumkan penemuan semula kenderaannya di tepi jalan Taman Seramai menerusi panggilan orang awam ketika sedang memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat kes.

Ujarnya, kenderaan itu ditemui semula kira-kira pukul 4.45 petang oleh pihak polis.

Lokasi penemuan tersebut dengan tempat kenderaan itu dilarikan suspek adalah kira-kira tiga kilometer.

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Selangor telah membuat siasatan terhadap kenderaan milik mangsa termasuk mengesan mencari cap jari suspek.

“Semakan mendapati dokumen seperti kad pengenalan dan wang tunai dianggarkan RM800 hilang dipercayai dilarikan suspek dan kenderaan tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ini untuk siasatan lanjut,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI