fbpx

Tajuddin beri keterangan di IPD Dang Wangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin ketika tiba di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 4.45 petang bagi memberi keterangan di sini, hari ini. /FOTO SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.45 petang.

Beliau dilihat tiba di pintu masuk IPD Dang Wangi dengan menaiki sebuah kereta jenis Mercedes berwarna perak.

Tajuddin memberi keterangan selepas didapati hanya memakai pelindung muka tanpa pelitup muka ketika sidang akhbar sebaik meninjau insiden kemalangan membabitkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen KLCC kelmarin.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis akan membuka satu kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan 2021.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI