fbpx

Jangan pandang rendah cabaran di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU campuran, Hong Jian-Ee Wei (kiri) dan beregu wanita Yeen Yuan-Valeree mengharumkan nama negara selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Slovenia minggu lalu.

MESKIPUN bukan kejohanan bertaraf dunia, namun prestasi cemerlang yang ditampilkan barisan pemain muda negara pada Kejohanan Badminton Antarabangsa Slovenia minggu lalu wajar diberikan pujian.

Pada kejohanan yang berakhir Sabtu lalu, beregu campuran, Choong Hong Jian – Toh Ee Wei dan beregu wanita, Low Yeen Yuan – Valeree Siow membuktikan kemampuan masing-masing apabila muncul juara pada kejohanan berkenaan.

Bekas pemain lelaki No.1 dunia, Muhammad Roslin Hashim me­nyifatkan kemenangan dua gandingan tersebut adalah sesuatu yang positif buat badminton negara selain boleh dijadikan sandaran untuk masa depan.

Katanya, biarpun ia kejohanan biasa, namun semua pemain berdepan cabaran sukar memandangkan ada pemain yang terpaksa beraksi dua perlawanan dalam sehari.

“Sebenarnya ramai tidak tahu bahawa kejohanan-kejohanan di Eropah juga sukar buat pemain muda kerana mereka berdepan pemain-pemain yang jarang ditemui sebelum ini.

“Dua juara serta beberapa wakil di peringkat suku dan separuh akhir sudah cukup bagus, lebih-lebih lagi beraksi dalam suasana pandemik seperti sekarang,” kata naib juara Piala Tho­mas 1998 dan 2002 itu.

Tambah Roslin, beliau kagum dengan semangat juang serta stamina yang dimiliki pemain-pemain muda itu kerana masih mampu menampilkan aksi terbaik meskipun beraksi dua perlawanan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

“Saya boleh sifatkan pemain-pemain ini kuat kerana ada antara mereka bermain dua acara selain perlu beraksi dua perlawanan sehari. Saya juga percaya mereka boleh hasilkan keputusan lebih baik selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI