fbpx

Isu akaun palsu: MCMC kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCMC

PETALING JAYA- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menzahirkan rasa kecewa dengan sikap penyedia platform media sosial ekoran tidak bertindak terhadap laporan berkaitan akaun palsu.

Penyedia platform media sosial yang dimaksudkan itu antaranya ialah Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp dan Telegram.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC berkata, pihaknya berasa kecewa susulan tiada tindakan pantas terhadap laporan yang dikemukakan khususnya berkaitan akuan palsu untuk penipuan.

“Kelewatan tindakan berhubung perkara itu dibimbangi akan merencatkan usaha MCMC dalam melindungi pengguna media sosial daripada akaun palsu.

“Ia termasuklah akaun yang menyamar dan menyalahgunakan identiti individu dan entiti lain seterusnya boleh menyebabkan kerugian wang ringgit kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, MCMC begitu bergantung kepada tindakan dibuat oleh pihak penyedia memandangkan platform-platform itu tidak dilesenkan kerana beroperasi di luar Malaysia.

“Justeru, MCMC menggesa pihak penyedia platform untuk lebih bertanggungjawab, responsif dan bertindak pantas terhadap setiap laporan dikemukakan.

“Pihak penyedia platform secara langsung juga perlu mempunyai tanggungjawab bagi memastikan platform yang dihoskan mereka adalah selamat kepada pengguna,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI