fbpx

Lelaki marah pekerja restoran angkara tersalah makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pelanggan lelaki tersebut memarahi pekerja restoran berkenaan sambil merosakkan barang di kaunter bayaran.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan telah menerima laporan berkenaan insiden seorang pekerja restoran makanan segera di Ampang dimarahi pelanggan kerana tersilap memberi pesanan sepertimana yang tular di laman sosial, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, laporan polis telah dibuat seorang wanita yang bertugas sebagai pengurus restoran kira-kira pukul 4.30 petang, semalam.

“Berdasarkan laporan yang dibuat, kejadian berlaku sekitar pukul 12.15 tengah hari pada hari yang sama ketika seorang pelanggan lelaki datang ke kaunter pesanan dan memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan.

“Polis telah merakam percakapan pengurus restoran terbabit dan telah melawat tempat kejadian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang kerugian dan kecederaan dialami oleh pekerja berkenaan dan dia juga tidak berhasrat untuk memanjangkan kes tersebut.

Terdahulu, video berdurasi dua minit lapan saat tular di laman sosial memaparkan seorang pelanggan lelaki mengeluarkan perkataan kesat sebelum merosakkan barangan di kaunter bayaran di sebuah restoran makanan segera di daerah Ampang.

Individu berkenaan bertindak demikian dipercayai bengang apabila makanan yang dipesan tidak sama dengan yang diterima. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI