fbpx

Benzema kembali perkuat Les Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA kembali disenaraikan dalam skuad Perancis untuk aksi antarabangsa buat kali pertama dalam tempoh hampir enam tahun sejak 2015. – AFP

MADRID – Penyerang Real Madrid, Karim Benzema kembali terpilih dalam skuad Perancis selepas namanya diketepikan hampir enam tahun menjelang Kejohanan Euro bulan depan.

Pengurus Perancis, Didier Deschamps menjelaskan, keputusannya menyenaraikan penye­rang prolifik berusia 33 tahun itu disebabkan keupayaannya meledak gol yang boleh membantu skuad Les Blues pada Kejohanan Euro nanti.

“Apa yang penting adalah hari ini dan esok, bukannya mengenai perkara-perkara lepas.

“Kami telah mengadakan perbincangan panjang antara kedua-dua pihak mengenai keputusan ini.

“Saya tidak mahu mendedahkan apa yang kami bincangkan tetapi dia (Benzema) menunjukkan keinginan tinggi untuk mendapatkannya (tersenarai semula dalam skuad Perancis),” kata Deschamps.

Benzema tidak pernah mewakili Perancis sejak 2015 selepas didakwa terlibat dalam skandal memeras ugut bekas rakan senegaranya, Mathieu Valbuena sekali gus terlepas Kejohanan Euro 2016 dan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan negara itu muncul juara.

Bagaimanapun, Deschamps akhirnya membuat keputusan untuk kembali menyenaraikan Benzema yang sudah meledak 29 gol daripada 45 penampilan dalam semua kejohanan bersama Real musim ini.

Kehadiran Benzema pasti­nya menambah sengat jentera serangan Les Blues yang turut diperkuatkan dengan nama-nama seperti Kylian Mbappe, Antoine Griezmann, Olivier Giroud, Wissam Ben Yedder, Ousmane Dembele, Kingsley Coman dan Marcus Thuram.

Sebagai rekod, Perancis akan memulakan kempen Kejohanan EURO menentang Jerman pada 16 Jun ini diikuti Hungary (19 Jun) dan juara bertahan, Portugal (24 Jun). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI