fbpx

Chiesa idam julang trofi Piala Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIESA (kanan) telah menjaringkan tujuh gol selain mencipta lapan peluang jaringan bersama Juventus pada musim ini. – AFP

TURIN – Pemain sayap sensasi Juventus, Federico Chiesa berazam untuk terus bekerja keras dalam usaha membantu pasukannya menjulang trofi pertama musim ini apabila dijadualkan bertemu dengan Atalanta pada final Piala Itali awal pagi esok.

Kata Chiesa, dirinya tidak akan termakan dengan pujian melambung selepas dikatakan menjadi salah seorang pemain terbaik skuad di bawah kendalian Andrea Pirlo itu pada musim ini.

“Saya sentiasa memberikan 100 peratus di atas padang tidak kira pada sesi latihan atau perlawanan sebenar. Secara jujur, bukan mudah untuk kekal konsisten tetapi saya berjaya buktikan bahawa tiada apa yang mustahil dalam bola sepak.

“Saya akui banyak mene­rima pujian daripada peminat dan rakan-rakan sepasukan yang percaya saya memiliki bakat luar biasa dan karakter untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di Eropah satu hari nanti.

“Pujian sememangnya perkara yang cukup indah untuk didengar tetapi pada masa sama saya tidak mahu situasi­ ini melalaikan saya dalam usaha­ membantu pasukan mencapai objektif musim ini.

“Misi pertama sudah tentu saya harap dapat memberikan impak positif buat pasukan menjelang aksi final Piala Itali bertemu Atalanta nanti.

“Kemudian saya harap mahu momentum diteruskan untuk aksi terakhir Serie A sekali gus membantu pasukan layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan,” katanya.

Sebagai rekod, skuad The Old Lady kendalian Pirlo gagal mempertahankan kejuaraan Serie A musim ini selepas mempamerkan aksi hambar dan tidak konsisten apabila hanya mampu menduduki tangga ke-5 selepas mengharungi 37 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI