fbpx
INTER mengesahkan kemaraan ke pentas final Piala Itali selepas membenam cabaran Como di separuh akhir. - AFP

Inter Milan intai dua trofi domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MILAN – Inter Milan dan pengendalinya, Christian Chivu mula terbayang untuk merangkul dua trofi domestik musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Itali selepas membenam Como di separuh akhir awal pagi semalam.

Selepas aksi pertama terikat tanpa jaringan, Inter menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri, San Siro untuk mencatat kemenangan 3-2 sekali gus mengesahkan slot di pentas perlawanan akhir.

Ketika ini, The Nerrazzurri berada pada landasan tepat untuk muncul juara Serie A selepas memiliki kelebihan 12 mata ketika perlawanan musim ini hanya berbaki lima perlawanan sahaja lagi.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut tidak mudah apabila Inter ketinggalan dengan dua gol untuk tempoh lebih sejam sebelum mencipta kebangkitan bermula pada minit ke-69 apabila Hakan Calhanoglu meledak gol pembukaan dan meledak gol penyamaan pada minit ke-86.

Gol kemenangan Inter akhirnya hadir pada hujung babak kedua apabila Peter Sucic muncul wira dengan gol kemenangan pada minit ke-89 untuk membawa Inter mengesahkan kemaraan.

“Kami berhak untuk mara ke pentas final selepas melakukan kerja keras dan ini juga membolehkan kami melaksanakan impian meraih dua trofi, Serie A dan Piala Itali.

“Kami sangat berwaspada mengenai apa yang mampu dilakukan oleh Como dan selepas ketinggalan kami bangkit meraih kemenangan dan mencipta jaringan yang banyak menentang sebuah pasukan yang cukup solid bertahan,” jelas Chivu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN