fbpx

Polis edar wajah saksi kes pukul isteri hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis IPD Johor Bahru Selatan mengesan lelaki yang juga saksi utama kes pukul isteri sehingga parah dalam kejadian 4 Mei lalu.

JOHOR BAHRU – Polis hari ini mengedarkan gambar seorang lelaki yang juga saksi utama berhubung kes kejadian pukul isteri hingga parah 4 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki yang dikesan itu dikenali sebagai Rosmaini Abd. Raof, 38.

Menurutnya, Rosmaini diminta tampil untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mencederakan isteri sehingga parah.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan sedang mengesan seorang saksi bagi membantu siasatan kes mencederakan isteri sehingga parah.

“Alamat terakhir lelaki yang juga peniaga itu adalah A 102 Perumahan Polis, Taman Derga Jaya, Alor Setar, Kedah,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berita berkaitan : Isteri parah dibelasah suami 

Mohd. Padzli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi terus talian hotline IPD Johor Bahru Selatan ditalian 07-2182323 atau Inspektor Salaihudin Azual Razali 013-7290763.

Kosmo! semalam melaporkan seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan di negeri Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas disyaki dibelasah suaminya, 4 Mei lalu.

Mangsa yang berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.

Lebih malang apabila doktor memaklumkan wanita yang sedang hamil empat minggu itu mungkin akan mengalami hilang ingatan apabila dia kembali sedarkan diri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI