fbpx

Lim Tayar perkenal program pelesenan kepada usahawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program pelesenan LIm Tayar bakal meluaskan lagi rangkaian pemasaran kumpulan untuk jangka masa panjang.

PETALING JAYA – Program pe­lesenan Lim Tayar Family (LTF) bakal memberi peluang kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan melalui jenama ter­kenal, Lim Tayar.

Pengarah Urusan Bersama CKL Group, Clement Lim berkata, menerusi program tersebut, peserta akan menerima kepakaran dan sokongan untuk memajukan serta menguruskan perniagaan dalam bidang penyediaan per­khidmatan berkaitan automotif.

Menurutnya, program yang mirip seperti konsep francais itu telah memberi kelonggaran kepada usahawan untuk menawarkan perkhidmatan atau kepakaran dalam bidang lain selain daripada yang ditawarkan oleh Lim Tayar.

“Faedah lain termasuklah sokongan stok seperti tayar, minyak enjin, alat ganti, bateri, pemasaran serta solusi operasi perniagaan yang menyeluruh meliputi sistem titik jualan, senarai harga tetap serta premis perniagaan lengkap dan terletak di lokasi strategik.

“Pelan pembiayaan fleksibel, termasuk pelan ansuran untuk yuran pelesenan juga disediakan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini semalam.

Lim menjelaskan, peniaga telah menghadapi banyak rinta­ngan disebabkan pandemik, jus­teru pihaknya mewujudkan LTF bagi menawarkan bantuan kepada pemilik yang menantikan peluang perniagaan lebih baik.

“Program ini disesuaikan untuk sesiapa yang ingin mengembangkan perniagaan mereka melalui sokongan daripada salah satu pusat sehenti servis kende­raan terbesar di Malaysia.

“Bersama syarikat gabu­ngan kami, School of Skills yang menawarkan latihan teknikal vokasional, kami yakin dapat membantu rakan kongsi untuk membina kemahiran kakita­ngan mereka dan mengurangkan masalah tenaga kerja yang dihadapi industri ini,” jelasnya.

Pengenalan LTF juga bermakna Lim Tayar akan mengembangkan perkhidmatan dan rangkaiannnya ke seluruh negara, daripada 18 pusat servis di Lembah Klang dan satu di Seremban ketika ini.

Inisiatif terbaharu itu disokong oleh rakan niaga Lim Tayar yang lain seperti Castrol, Nokian, Interstate, Bendix dan 3M.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI