fbpx

Tiada kesan cedera akibat jenayah pada mayat remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat remaja perempuan ditemui dalam kawasan kebun getah di Pokok Sena, Selasa lalu.

ALOR SETAR – Pemeriksaan ke atas mayat remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditemui di kawasan kebun getah di Pokok Sena di sini pada Selasa lalu tidak menemui kesan kecederaan akibat perbuatan jenayah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, proses bedah siasat ke atas mangsa selesai pada pukul 12 tengah hari ini.

“Hasil pemeriksaan luaran dan dalaman mendapati tiada kesan kecederaan luaran atau dalaman akibat perbuatan jenayah.

“Tiada juga kesan-kesan pergelutan atau daripada tindakan mempertahankan diri,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebab-sebab kematian bagaimanapun masih belum diperoleh sehingga laporan toksikologi diterima.

Kosmo! Online semalam melaporkan mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui di tepi jalan dalam kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena di sini pada Selasa lalu.

Seramai sembilan individu yang disyaki terlibat dalam satu acara parti persendirian pada malam Ahad lalu hingga keesokan pagi yang turut dihadiri mangsa direman sehingga 18 Mei ini.

Mereka merupakan enam lelaki dan tiga perempuan berusia antara 13 dan 33 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI