fbpx

Ketua Pengarang Malay Mail meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sai Wan.

PETALING JAYA – Ketua Pengarang Malay Mail, Datuk Wong Sai Wan disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.

Mendiang yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Subang Jaya, Subang.

Perkara itu telah disahkan anak mendiang, Wong Chee Mun sebentar tadi.

Menurut Chee Mun, ayahnya yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan angin ahmar, dimasukkan ke hospital itu kerana kurang sihat.

Difahamkan, beliau telah dibawa oleh ahli keluarga ke pusat perubatan tersebut selepas mengadu tidak berasa selesa dan sihat.

Sebagai rekod, mendiang merupakan seorang wartawan veteran yang memulakan kerjaya kewartawanannya di akhbar The Star pada awal tahun 1980-an.

Beliau pernah menjadi koresponden The Star di Hong Kong dan kemudian menyandang jawatan sebagai Pengarang Eksekutif sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Malay Mail.

Berasal dari Negeri Sembilan, Sai Wan akan dikenang sebagai seorang yang petah bertutur dalam loghat negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI